Friday, July 9, 2010

...::: Fahamkah Kita? :::...



Permasalahan pertama


Bila terkenang-kenang zaman di KMB, teringat pula kisah seorang adik usrah nie. Modul usrah pada hari itu adalah berkaitan ketuhanan, jihad, dan ilmu tasawwuf. (kalau xsilap..). Rindu sangat usrah nie sebab tyme nie lah dapat rasa seperti ilmu yg ada nie dapat diwariskan.

Teringat satu soalan yg ku tanya kepada adik-adik usrah: "Bagaimana anda tahu bahawa apa yg anda pegang ini benar? Dan apakah bukti Allah itu betul-betul ada?" Semuanya senyap seketika dan ku tahu apa yang sedang mereka fikirkan sebab ku takkan beri soalan yang mudah untuk mereka jawab. Life is never that easy. Heh! "Sekarang dalam kotak fikiran mereka tentu mereka akan kata: Kita boleh tgklah alam sekeliling, keindahan manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan....and bla bla bla...". Akhirnya terungkaplah satu jawapan yg sejibik dgn apa yg bermain di kotak fikiranku. Hah! Masuk perangkap!

"So, how do you know that Allah existed?" Pop! Soalannya tak lari dari soalan pertama. Jawapan kedua adik usrah yg sama,"Yela, alam semesta ini terbentuk takkanlah tiba2 ada dan mestilah ada yg menciptanya. Dah memang dalam Al-Quran pun dah kata...bla bla bla..." Pop! Masuk perangkap lagi!

"So, how do you know it's Allah?" Soalannya masih tak lari dari soalan pertama. Mereka berfikir sejenak memahami bahawa Al-Quran itu datangnya daripada Allah dan camana kita nak tahu Allah wujud dan Al-Quran itu benar? Bila perasan yg ku saja ingin provoke dgn soalan sedemikian, dia terus terdiam. Begitu juga dengan adik-adik usrah yg lain. So, jika kita diajukan soalan sedemikian, apakah jawapan kita? Sesiapa yg boleh jawab soalan tersebut tanpa membawa kepada soalan yg pertama?

Permasalahan kedua

Modul kedua iaitu jihad. Soalan yg ku tanya: "Jika anda salah seorang tentera yg mmbawa pedang/tombak/sbgnya sedang berhadapan dengan musuh yg senjatanya lebih kurang sama jer tpi bilangannya lebih ramai. Apabila musuh menghampiri, komander tentera anda berkata "Maju!!" tetapi rakan-rakan anda lari menyelamatkan diri kerana pasti yg mereka akan kalah. Apakah yg akan anda lakukan?" Masalah ini amat komplikated sebenarnya. Dan tujuan sebenar soalan ini ialah untuk ku lihat siapa yang boleh berkata jujur dalam usrah tanpa ragu-ragu. Ada yg kata kita maju jelah, jihad di jalan Allah. kalau mati pun masuk syurga." Lalu akhirnya ku mendengar juga jawapan yg berbeza:"Rasanya kalau saya, saya ikut larilah kowt." Yup! jawapan yg ku nanti-nantikan! Kerana ia adalah jawapan yg jujur. 

Memang mudah berkata dengan mulut untuk mati berjihad di jalan Allah tapi hakikatnya ia amatlah sukar dilaksanakan. Disebabkan ianya berat dan sukar sekali ditanggung oleh manusia, barulah Allah menjanjikan manusia berbagai-bagai anugerah sekiranya mati berjihad di jalan Allah. Solat, zakat merupakan perkara yg mudah dan disebabkan itulah Allah menjanjikan hukuman sekiranya mengingkarinya. 

Cuba kita fikir masak-masak, sanggupkah kita mati di medan perang dengan begitu sahaja? Jawablah dengan menggunakan daya imaginatif yg tinggi dan tidak dipengaruhi oleh keadaan kita sekarang yg aman. Bagaimana? Di manakah kita? Semua ini bukan bertujuan untuk melemahkan semangat jihad antum, tetapi untuk assess diri kita adakah kita betul-betul menghambakan diri kita pada jalan Allah. 

Mampukah kita bersatu? Adakah kita akan menentang musuh Islam sekiranya kita bersendirian? Jika tidak, maka jadikanlah ia sebagai satu cita-cita dan harapan kita untuk menjadikan 'tidak' kepada 'ya' sebelum kita mengimpikan sesuatu yang lebih besar di sisi perjuangan Islam...InsyaAllah...


p/s: Correct me if I'm wrong..Let us guide among us.. :)



No comments:

Post a Comment