Monday, April 25, 2011

cerpen: hipokrit

bismillah..

Percikan air di wajah terasa segar. Lama sudah nikmat itu hilang. Muhsein segera menyempurnakan wudu’. Dua puluh minit sahaja lagi tinggal sebelum azan maghrib berkumandang.
helah 'ada date' di beri kepada rakan sepasukannya di gelanggang untuk memboloskan diri. kalau tidak, mungkin sahaja asarnya nanti terjama' dengan maghrib.
"gasaklah.. bukan aku bohong pun. dating dengan Allah kan..", monolognya sendiri.
Salam terakhir di beri. Lama dia duduk bersimpuh, memerhati segenap sudut ruang solat.
Kosong.
Mihrab yang tersergam di hadapannya, di renung. ada ukiran indah kalimah syahadah. sumpah yang sering meniti di bibir umat Islam yang solat. namun berapa ramai yang mengotakan sumpahnya?
“aku perlu kekuatan…”, perlahan Muhsein meraup wajah.
‘kekuatan itu ada dengan Allah mintalah’, suara imannya berbisik.
Dia jadi teringat kata-kata abang Amer tempoh hari.
sangat ‘mengetuk’.
*********
“malu orang kata baik?”, Amer menebak.
“saya... saya tak layak. bukan baik pun, nanti orang kata hipokrit”, Muhsein jadi malu apabila abang Amer dapat menyelongkar isi sukmanya.
ikutkan hati, mahu sahaja dia mengikuti pengajian talaqqi bersama Sheikh Uwais al-Razi. macam abang Amer, naqibnya. tapi... entahlah. dia ikut usrah abang Amer pun 'curi-curi'. kalau tahu dek kawan-kawannya, mahu mereka ketawa besar. silap-silap dapat jolokan 'rakan malaikat' seperti Shahrul, sahabatnya yang juga baru berhijrah.
Amer merekah senyum.
“rasa kurang itu bagus Muhsein. Tapi jangan kerana kata-kata orang buat langkah kita mati menuju Allah”
“maksud abang?”, Muhsein kurang jelas.
“hurmm.. apa yang Muhsein faham dengan terma hipokrit?”, Amer menduga.
“bila kita tak jadi diri sendiri.. bila kita buat sesuatu bukan dengan cara kita yang biasa”, Muhsein bersuara lamba-lambat.
Amer melepas keluhan berat. sudah lama kita terbius dengan agenda jahiliah.
"diri sendiri yang bagaimana, Muhsein? bukankah diri kita yang Allah jadikan di dalam rahim ibu itu suci? fitrahnya mengikut fitrah baik yang Allah ciptakan"
Muhsein memandang tepat ke wajah abang Amer. dalam diam, dia turut mengakui hakikat itu.
'bukankah kita semua sudah mengikat setia dengan Allah untuk menjadi khalifah serta memakmurkan bumi ini dengan kalimahNya? seusia janin lagi kita sudah jadi 'rakan malaikat'. Allah juga redha dengan kita yang suci waktu itu.' monolog Muhsein.
namun hanya mindanya sahaja rancak mencerna. mulutnya bungkam sementara telinganya sedia menadah hikmah daripada naqibnya.
"hipokrasi atau dalam kata lainnya bermaksud munafiq. dan orang-orang munafiq ini, cuma bibir mereka sahaja menyatakan taat namun hakikat jauh di sudut hati mereka mengharapkan kejatuhan Islam. abang rasa, Muhsein pun tahu ciri-ciri munafiq yang tercoret dalam dalil naqli. itulah munafiq definisi wahyu, jauh sungguh dengan apa yang di perkata hari ini.."
Amer berhenti sejenak sebelum menyambung kata.
Muhsein mengangguk sambil penanya mencatit sesuatu di buku kecil.
"jahiliah moden hari ini berjaya, Muhsein.. mereka berjaya memutar pendefinisian sesuatu itu mengikut selazatnya rasa... orang yang kembali menggenggam bara agama itulah di kata hipokrit..", udara petang itu di hirup melepasi kerongkong sebelum di hela semula.
"carilah.. 'kita' yang mana sebenarnya hipokrit", Amer lalu bangkit meninggalkan Muhsein dengan persoalan diri. hanya keningnya sahaja terangkat memberi isyarat untuk berlalu sambil bibirnya perlahan membisik salam.

******
bibir Muhsein menguntum senyum.

'bukanlah aku yang ingin kembali kepada Tuhan itu hipokrit. tetapi aku yang mengingkar janji, melanggar syahadah inilah hipokrit!'

aku bersaksi, tiada Tuhan yang layak di sembah melainkan Allah! dan aku juga bersaksi nabi Muhammad itu pesuruh Allah!

6 comments:

  1. kalau kat sekolah, selalu orang ada satu masalah iaitu Usrahphobia.. kadang-kadang orang akan kata orang yg join usrah tu 'gang usrah' tp sebenarnya usrah tu cuma satu binaan dan wasilah untuk membina ukhwah dan taqarrub kpd Allah, bukan satu medium obsesi atau kewajipan.. cuma siapa yg inginkan lebih, maka lebihlah ia dapat, siapa yg tak mahukan lebih, maka tak lebih lah ia dapat.. wallahu A'lam.. :)

    ReplyDelete
  2. setuju. usrah adalah sunnah yg nabi ajar sbg wasilah 'berpesan-pesan kpd kebenaran, dan berpesan-pesan kpd kesabaran' tapi bukan semua mad'u suka ikut usrah dek usrahphobia. da'ie yg harus kreatif membawa usrah (hakikatnya) walau namanya study group, study circle (di sini panggil study circle), discussion, majlis ta'lim dan lain2. asal ada insan2 yg brkumpul mngingati Allah dalam brkala, berta'aruf, tafahum dan takaful, itulah usrah.

    bukan nk kata org tak ikut usrah itu tak baik, tidak langsung. cumanya suka sy memetik kata prof Dr Muhaya, "org yg ikut usrah jgn perasan diri baik dan org yg tak ikut usrah haruslah rasa diri kurang. kerana pastinya Allah meletakkan darjat yg lebih tinggi kpd manusia yg berilmu dan berkumpul mengingati Dia berbanding orang-orang yg melakukan sebaliknya"

    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  3. =LIKE=..amilin..aku tunggu ko membuat RAHSIA tu..:p

    ReplyDelete
  4. hisham & amilin:

    rahsia apa ni? rahsia pun nak cakap dekat public yea. tak baik tau buat orang curious :) amilin kena create entri la ni gamaknya pasal rahsia tu

    ReplyDelete
  5. diorg mmg camtu cik jibah, byk secret yg rahsia..

    tengok list admin ada Zaiem,
    dh lama menanti post beliau.. XD

    ReplyDelete