Wednesday, January 5, 2011

Brotherhood In Islam


Dalam melihat konsep brotherhood in Islam, ramai antara kita hanya sebut that we're brothers, but jarang sekali tahu konsep di sebalik ukhuwah itu. Sebagaimana 2 orang berkahwin, begitu jugalah apabila 2 orang bersahabat. Mengikut Imam Ghazali, terjemahan Ihya' Ulumuddin, dalam menjalinkan brotherhood, ader beberapa tanggungjawab dan prinsip yg perlu dilaksanakan:

1) Material asssistance
2) Personal aid
3) Holding one's tongue
4) Speaking out
5) Forgiveness
6) Prayer
7) Loyalty and sincerity
8) Informality

Tersebut adalah beberapa guidelines yg Imam Ghazali gariskan dalam menjalinkan ukhuwah dalam konteks brotherhood. Dalam melihat konteks pertama, iaitu material assistance, Rasululllah saw bersabda:

"2 orang adik-beradik adalah umpama sepasang tangan, yg satu mencuci yg lain, dan sebaliknya."

Rasulullah menggunakan simile sepasang tangan daripada tangan dan kaki adalah disebabkan pasangan tersebut akan saling bantu-membantu kepada satu matlamat yg sama. Ini juga termasuklah berkongsi harta sesama brothers dan perkara ini diberikan 3 tingkatan..:

Tingkatan yg pertama (paling rendah):
Apabila kita meletakkan rakan kita setaraf dengan hamba kita. Ini termasuklah memenuhi keperluannya menggunakan harta lebihan yg kita ada. Kadang-kadang bila kita ada rezeki lebih, kita beri kepada dia tanpa diminta.

Tingkatan kedua:
Apabila kita meletakkan rakan kita setaraf dengan diri kita sendiri. Ini bermaksud kita berpuas hati dan gembira menjadikan dia sebagai rakan kongsi terhadap harta pemilikan kita, up to the point share harta yang kita ada secara sama rata.

Tingkatan ketiga (paling tinggi):
Apabila kita meletakkan rakan kita lebih tinggi tarafnya daripada kita. Ini maksudnya, keperluannya adalah menjadi keutamaan berbanding keperluan kita. Taraf ini adalah taraf 'siddiq' dan merupakan tingkatan terakhir untuk mereka yg bersatu dan berhimpun dalam kecintaan agama. Self-sacrifice juga merupakan salah satu sifat pada tingkatan ini.

Sekiranya kita tidak menjumpai mana-mana sifat dalam mana-mana tingkatan ini, maka kita hendaklah sedar bahawa ukhuwah brotherhood itu masih belum disimpulkan lagi. Dikisahkan 'Utba al-Ghulam datang kepada seorang ikhwah dan berkata: "Saya perlukan 4000 wang anda." Ikhwah tersebut mennjawab: "Ambillah 2000." Lalu 'Utba menolak tawaran tersebut dan berkata: "Kau memilih dunia ini berbanding Allah. Adakah tidak kau berasa malu untuk menyatakan hubungan 'ukhuwah fillah' apabila kau sanggup berkata sedemikian?"

Dikisahkan dalam kisah yang lain pula, seorang lelaki datang berjumpa Abu Hurairah dan berkata: "Aku ingin mengangkat kau sebagai abang dalam ukhuwah fillah." Abu Hurairah menjawab "Tahukah kamu apakah antara sifat-sifat ukhuwah fillah?" Lelaki tersebut menjawab tidak, lantas Abu Hurairah menyambung,"Bahawa kau tidak mempunyai hak ke atas harta kau lebih daripada aku mempunyai hak ke atasnya." Nak dikatakan bahawa inilah tingkatan ukhuwah yang paling tinggi.

Ali Husain pernah berkata kepada seorang lelaki: "Adakah salah seorang kamu memasukkan tangan ke dalam poket ikhwahnya dan ambil apa yang diperlukannya tanpa kebenaran ikhwahnya?" Jawab lelaki itu, "tidak!". Kemudian, Ali Husain berkata "Maka kamu bukanlah ikhwah fillah."

Begitu penting sekali dalam kita memahami konsep persahabatan fillah bukan semudah yang disebutkan, malah melibatkan pengorbanan dan sifat memberi melampaui keperluan diri kita sendiri.

Adakah kita termasuk dalam mana-mana tiga tingkatan itu?? Tepuk dada, tanyalah iman.. 
Wallahu A'lam.. :)

No comments:

Post a Comment