Sebagaimana lumrah kehidupan, hasad dengki memang satu penyakit hati yang amat bahaya dan senang sekali menjangkiti manusia dan perkara ini boleh mengikis iman seseorang mukmin sekiranya tidak bersegera kepada keampunan Allah. Allah SWT berfirman:
"Dan bersegeralah kepada keampunan Tuhanmu dan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yg bertaqwa."
(Surah Ali-Imran)
Penyakit hasad ini jelas sekali diterangkan oleh Rasulullah SAW sabdanya:
"Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Aku tidak maksudkan ia mencukur rambut, akan tetapi ia mengikis agama."
(Hadis riwayat Baihaqi)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:
"Bencana melepaskan 2 ekor serigala lapar ke dalam kandang kambing tiadalah besar daripada bencana yg menimpa pegangan agama seorang Muslim daripada sifat tamakkan harta dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat hasad memakan segala kebaikan umpama api menjilat kayu kering."
(Hadis riwayat Tarmizi)
Terutamanya kepada para du'at yg menyeru manusia ke haluan Tariqul Mustaqim, khasnya yg mendapat sambutan baik, yg cergas, famous, dan berbakat sememangnya terdedah kpd cacian lidah orang-orang yg hasad serta tipu daya mereka. Golongan ini selalunya dengki pada ilmu dan kelebihan yg ada pada para du'at. Mereka ini seolah-olah mengintai-intai dan menunggu masa terbaik untuk menjatuhkan orang sedemikian.
Dalam hal ini, Allah SWT telah berpesan kepada Rasulullah dan umat manusia supaya berlindung daripada golongan pendengki ini. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Surah al-Falaq:
"Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai Falaq (1) Dari kejahatan makhluk-Nya (2) Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita (3) Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yg menghembus-hembus pada ikatan-ikatan (4) Dan dari kejahatan orang yg dengki apabila ia dengki (5)"
(Surah Al-Falaq)
Rasulullah SAW sendiri melarang sifat hasad dengki dan melarang sifat saling membesar diri dan jebak-menjebak orang lain. Sab da Rasulullah:
" 'Berjaga-jagalah kamu drp sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling menghina, mencari aib orang lain, saling mengatasi, dengki-mendengki, benci-membenci, dan jebak-menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yg bersaudara seperti yg diperintahkan kpd kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bg Muslim yg lain. Janganlah dia menzalimi saudaranya; dan janganlah dia membiarkannya dizalimi; dan janganlah dia menghina saudaranya. Taqwa itu letaknya di sini. Taqwa itu letaknya di sini.' seraya baginda menunjuk ke dadanya. 'Cukuplah seorang Muslim itu dosa menghina saudaranya yg mukmin, haram bagi seseorang Muslim itu akan darah (nyawa), nama baik, dan harta seorang Muslim yg lain.' "
(Hadis riwayat Malik, Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan Tarmizi)
Betapa kerasnya Rasulullah menekankan kepentingan menjaga akhlak sesama manusia dan kepada Allah. Perihal hasad dengki ini bukan sahaja akan menyebabkan kemarahan, fitnah, dan perpecahan, malahan juga menyebabkan hati menjadi 'busuk' dan apabila hati menjadi 'busuk', maka busuklah sekalian ruhnya. Jadi, bagaimana boleh kita menjaga hati kita?
Kadang kala apabila perasaan hasad dengki itu berkubang, seseorang mungkin juga menganggap bahawa apa yg dilakukannya merupakan balasan setimpal atas perbuatan orang yg didengkinya, walhal tatkala datangnya niat tersebut, syaitan tidak henti-henti meniup-niup alasan-alasan ke dalam hati manusia yg mempunyai hasad dengki. Maka apakah tindakan kita? Adakah ia salah syaitan yg menghasut? Atau adakah ia salah hati kita yg terpedaya? Oleh itu, sama-sama lah kita bermuhasabah mencari 'titik hitam' dalam hati kita dan cepat-cepat kita ubatinya. InsyaAllah Allah akan merdhai usaha kita.
Wallahu A'lam...
No comments:
Post a Comment