Thursday, July 1, 2010

...::: Gurauan Yang Dilarang :::...

Islam menekankan kepentingan "ﺣﺑﻞ ﻣﻦ ﺍﻟﻧﺎﺲ" (hubungan sesama manusia) dan kadang kala manusia terlebih lampau batasnya dalam menekankan kepentingan tersebut sehingga membiasakan diri untuk melakukan pelbagai macam perbuatan semata-mata untuk membuatkan orang lain gembira. Tanpa disedari, sesetengah pihak mungkin terasa hati dan oleh yang demikian, Islam membataskan gurauan senda yg dibenarkan oleh Islam.

Antara gurauan yg diharamkan ialah:

a) Mempersenda, menghina, mencemuh, serta memberikan gelaran yg buruk.

Firman Allah SWT maksudnya:

"Wahai orang-orang yg beriman! Janganlah sesuatu puak mempersendakan puak yg lain kerana puak lelaki yg dipersendakan itu adalah lebih baik drp mereka; dan janganlah sesuatu puak perempuan mempersendakan puak perempuan yg lain kerana puak yg dipersendakan itu adalah lebih baik drp mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yg lain; dan janganlah kamu panggil-memanggil dgn gelaran yg buruk. Seburuk-buruk nama ialah sebutan nama 'fasik' sesudah ia beriman. Dan sesiapa yg tidak bertaubat, maka merekalah orang-orang yg zalim."
(Surah al-Hujurat: ayat 11)

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali mendefinisikan "Mempersendakan" yg bermaksud menghina, memperkecil, dan menyentuh keaiban dan kekurangan untuk dijadikan bahan ketawa. Mungkin ia berlaku dgn cara mengajuk dgn perbuatan, perkataan, isyarat, mahupun kerlingan mata.

Abdullah bin Zum'ah katanya: "Nabi melarang seorang lelaki ketawa disebabkan oleh sesuatu yg keluar drp dirinya (kentut)."
Sambung beliau dalam hadis riwayatnya juga, Nabi perbah berkhutbah dn menasihatkan agar jgn ketawa kerana kentut yg keluar: "Baginda bersabda: Kenapa seseorang kamu ketawa hasil drp apa yg dia lakukan?"

Satu ketika di hadapan Nabi, betis Abdullah bin Mas'ud tersingkap dan betisnya agak halus dn kurus, maka yg hadir pun ketawa. Lantas baginda bersabda:"Apa yg kamu ketawakan?" Mereka menjawab kurus kedua-dua betisnya. Baginda lantas menjawab:"Demi Tuhan yg diriku berada di tangan-Nya, kedua-duanya benar-benar lebih berat pada neraca timbangan berbanding bukit Uhud."

b) Menakut-nakutkan rakan

Antara bentuk gurauan yg selalu dilakukan ialah mengacu dan mengacah rakan dgn senjata dgn tujuan menakut-nakutkan padahal perbuatan ini adalah haram. Abd Rahman menceritakan, para sahabat Nabi bermusafir dgn baginda. Seorang lelaki tertidur. Sebahagian sahabat mengambil untanya lalu lelaki itu terkejut. Lantas baginda bersabda:
 "Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakutkan muslim yg lain.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Begitu juga perbuatan menyembunyikan barang orang lain dgn tujuan bergurau. 
"Janganlah sama sekali seseorang kamu mengambil barang saudaranya dlam keadaan bergurau dan serius. Sesiapa yg mengambil tongkat saudaranya hendaklah dia mengembalikannya."
(Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi, dan Ahmad)

c) Berbohong agar orang ketawa

Rasulullah SAW bersabda:
"Binasalah bagi orang yg bercerita satu cerita agar orang ramai ketawa lalu dia berbohong. Binasalah baginya! Binasalah baginya!"
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Oleh itu, ulama menyatakan bahawa apabila digabungkan dgnusaha menarik orang ramai untuk ketawa yg boleh mematikan hati, membawa kepada lupa ingatan, dan mewariskan sifat kasar, ia menjadi sekeji-keji perkara. Perbuatan ini akan melatih diri untuk mereka-reka cerita pembohongan dan menyebarkannya. Kesan mudaratnya, cerita palsu dan benar akan bercampur-aduk dan sebab itulah Islam melarang berbohong.

Imam Ghazali pula menyatakan bahawa seseorang yg berkata-kata agar orang lain ketawa disebabkan oleh kata-katanya, sesungguhnya dia tidak sedar bahawa dia akan diazab selama 70 tahun dalam api neraka
Maka dengan itu, semoga Allah menyelamatkan umat akhir zaman ini drp menjadikan pembohongan sebagai sebahagian cara hidup kita. Oleh itu, sentiasalah mengingatkan kawan-kawan kita apabila mereka berkata-kata bahawa berbohong hukumnya haram secara umumnya di sisi Islam.

Wallahu A'lam.

3 comments:

  1. jadi janganlah menipu skalipun utk bergurau..

    ReplyDelete
  2. setiap kali ada rancangan raja lawak, ummi mesti ulang ayat yg sama.

    "haram apa yg mereka buat. buat cerita nk bagi orang gelak. ada hadith lagi"

    ReplyDelete
  3. betul..betul...tue yg kita patut bimbang sbab berbohong tu cam dah jd cara hidup umat skarang...aisy..bahaya tue...lama2 org rasa tak brsalah berbohong...

    ReplyDelete