Friday, July 9, 2010

...::: Mulut, Mata, Telinga dan Tangan :::...


Sering terdengar ungkapan,

"Kurangkan kontroversi, tingkatkan produktiviti",

"Action speaks louder than words",

"Walk the talk",

dan pernah juga membaca satu artikel yang meng-analogi-kan ciptaan anggota badan manusia dengan kata-kata tadi.

Yakni, pada wajah manusia yang normal dikurniakan 2 biji (bola) mata, 2 telinga dan 1 mulut. Seolah-olah menggambarkan bahawa kita sepatutnya lagi banyak mendengar dan melihat daripada bercakap. Bahkan antara ciri pemimpin yang baik adalah good-listener/pendengar yang baik.

Pemimpin tak perlu terdiri daripada public speaker yang terbaik. Dia cuma perlu memastikan point2 penting seperti "Apa yang kita ingin capai?" dan "Kenapa?" difahami setiap pimpinan dan ahlinya. Dalam pada itu, setiap tindakan si pemimpin haruslah disertakan alasan rasional pada pandangan semua.

Ketua juga bukanlah harus mempunyai latar belakang agama yang hebat. Katakanlah ada 2 orang pemuda yang dicalonkan untuk jadi pemimpin di suatu kawasan, iaitu Pemuda A dan Pemuda B.

1-Pemuda A merupakan seorang hafiz Quran, mendapat pengajian Syariah di Jordan dan sememangnya mendapat didikan di sekolah2 agama ketika remaja, tetapi lemah kepimpinannya.

2-Pemuda B pula merupakan seorang yang biasa-biasa je ilmu agama dan dalam masa yang sama mempunyai nilai kepimpinan yang cemerlang.

Jadi, siapa yang lebih sesuai di naikkan untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin?
Seharusnya, Pemuda B..

Hal ini kerana pemimpin yang mantap kefahaman agamanya, tp lemah kepimpinan; kefahaman agamanya akan mendatangkan manfaat untuk dia seorang dan (mungkin juga) mereka yang hampir dengannya akan tetapi, kelemahan pimpinannya akan mendatangkan mudarat kepada semua yang berada di bawah kepimpinannya.

Lain pula dengan mereka yang biasa ilmu agamanya, tapi mantap kepimpinannya. Akan ilmu agamanya yang tidak seberapa, hanya akan memudaratkan dirinya (kerana kurang arif). Tetapi kepimpinannya yang baik akan mendatangkan manfaat kepada mereka yang dipimpin, dan membolehkan dia bersifat terbuka untuk menerima (dan melaksanakan) input berkaitan agama without hesitation

Pemimpin yang baik sering dikaitkan dengan contoh akhlak yang baik. Akhlak itu adalah perkara yang kita lakukan secara spontan without prior thinking. Sebagai contoh, andai kata ibu kita sakit, kita pastinya dengan serta-merta membantu/menjaga ibu kita...

dan bukannya berfikir dahulu, "Mak tengah sakit, jadi aku kene tolong jaga mak"...

Tidak sama sekali. Akhlak adalah perbuatan terpuji yang diiringi dengan rasional akal dan dilaksanakan secara spontan..

Dan sekali lagi, kita ada

2 Mata untuk kita banyakkan melihat, memerhati dan menganalisis,

2 Telinga agar lebih mendengar arahan dan Zikrullah dengan teliti,

kita dikurniakan 2 Tangan agar kita lebih banyak bergerak/berkerja

dan 1 Mulut yang perlu dijaga...

daripada meMakan harta anak yatim,

mengUmpat dan meMaki,

mengAjak kepada zina,

meninggikan Suara pada ibubapa,

dan sebagainya, yang kebanyakkannya merupakan dosa2 besar yang lahir dari perbuatan mulut..

Wallahu'alam,
Saying Something Is Not Necessary

1 comment:

  1. bismillah

    teringat talk dari ust dzulkhairi, mantan presiden gamis di pj hampir 2 tahun lepas. isi yg sama.

    pemimpin itu harusnya siapa dan bagaimana?

    InsyaAllah, sama2 didik diri. moga lahir pemimpin yg mantap ilmu agama juga punya skil kepimpinan yg hebat. kerana sy masih prcaya, kejahilan pimpinan jg mmbawa kpd kebinasaan satu bangsa.

    wallahu'salam.

    ReplyDelete